Adat Kehidupan Rasulullah

Wednesday, November 22, 2006

MASJID: ADAB DAN KELEBIHANNYA
1. Di dalam dunia, tempat yang paling dicintai oleh Allah ialah masjid dan tempat yang paling dibenci oleh Allah taala ialah pasar.
2. Barangsiapa yang membina masjid kerana Allah taala di dunia ini Allah taala akan membina untuknya satu mahligai di dalam syurga.
3. Barangsiapa yang menghamparkan tikar atau permaidani di dalam masjid, sentiasalah akan memohon ampun baginya selama mana tikar itu terhampar.
4. Barangsiapa memasang pelita atau lampu di dalam masjid maka para malaikat memohon rahmat dan maghfirat untuknya.
5. Barang siapa menyapu sampah di dalam masjid maka itu sebagai mas kahwin bidadari dan mengeluarkan sesuatu yang menyakiti atau najis dari dalam masjid maka Allah taala akan membina untuknya sebuah rumah di dalam syurga.
6. Hati dunia ini ialah orang Islam dan hati sesebuah tempat penempatan seperti kampung, bandar dan sebagainya ialah masjid. Makmur masjid bermakna makmurlah tempat itu dengan rahmat Allah.
7. Hak masjid ada dua:
a. Hak orang yang datang ke masjid maka perlu disediakan segala kemudahan yang termampu seperti lampu, kipas, tikar, tempat wudhu, tempat solat dan sebagainya.
b. Hak masjid ialah menyempurnakan amalan-amalan masjid terutamanya melaungkan azan dan solah berjemaah lima kali sehari semalam.
8. Amalan-amalan masjid ialah:
a. Membesar dan menagongkan zat Allah
b. Membicarakan mengenai tuntutan iman dan hal ehwal akhirat.
c. Menceritakan kepentingan amalan yang akan memberikan keuntungan di dunia dan akhirat.
d. Mengadakan halqah taklim.
e. Mengadakan majlis-majlis zikir.
f. Mengadakan tasykil dan tabligh mengenai iman dan amalan soleh.
g. Mementingkan soal bantu-membantu, tolong menolong, bersimpati antara satu sama lain dan melakukan pengorbanan untuk agama.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home